TenderDirect Logo Soalan Lazim
SOALAN LAZIM   |   SYARAT PENGGUNAN   |   HUBUNGI KAMI
 
Sila hubungi kami di 03-40428866 jika anda menghadapi sebarang masalah dengan langganan anda
FAQ - Full List

S:Saya tidak berdaftar dengan PKK, CIDB ataupun MOF. Bolehkah saya memperolehi faedah perkhidmatan anda?
J:Walaupun TenderDirect mengumpulkan maklumat tender dan perolehan untuk pelanggan yang berdaftar dengan pelbagai badan kerajaan, terdapat banyak maklumat yang boleh digunakan oleh eksekutif-eksekutif untuk memperolehi pandangan yang lebih meluas dan mendalam mengenai bidang projek dan perolehan di Malaysia.

Kami mempelawa anda supaya mendaftar untuk Tempoh Percubaan Percuma 7-hari untuk mengalami faedah-faedah yang TenderDirect boleh berikan kepada perniagaan anda.

Kategori: 1. Maklumat Am > Faedah > Kontraktor CIDB/PKK/KKM




S:Bolehkah saya memohon untuk sijil pendaftaran CIDB, PKK atau MOF dengan TenderDirect?
J:Anda perlu memohon secara terus dari ejensi Kerajaan berkenaan.
Kategori: 1. Maklumat Am > Pendaftaran > Kontraktor CIDB/PKK/KKM




S:Apakah perbezaan di antara TenderDirect dengan E-Perolehan?
J:Semua pembekal KKM (Kementerian Kewangan Malaysia) diwajibkan berdaftar dengan E-Perolehan yang merupakan badan rasmi yang ditubuhkan untuk mengendalikan pembekal berdaftar KKM.

TenderDirect, sebaliknya, ialah pembekal perkhidmatan maklumat tender bebas yang mengumpul, menerbit dan mengedarkan maklumat tender dan perolehan dari semua sektor termasuk PKK, CIDB dan MOF.

Walaupun setengah-setengah maklumat ini mungkin bertindih, kami yakin bahawa liputan luas maklumat TenderDirect akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda.

Kategori: 1. Maklumat Am > Perkhidmatan > Kontraktor CIDB/PKK/KKM



Perihal Kami | Syarat Penggunan | FAQ | Hubungi Kami
© Copyright 2000 - 2003 TenderDirect Sdn Bhd